Kursus Asas Microsoft Office PowerPoint Sesi 1

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 January 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kursus Asas Modul Microsoft Office PowerPoint (Sesi 1) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kursus ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari asas Microsoft Office PowerPoint. Seramai 8 orang peserta telah menyertai kursus ini. Semasa kursus berlangsung, para peserta terlebih dahulu diberikan penerangan secara ringkas dalam mengenali ribbon yang terdapat di PowerPoint dan cara menggunakannya. Para peserta juga diminta menghasilkan perbentangan perniagaan masing-masing dengan menggunakan PowerPoint.

Kelas ini bermula dari pukul 08:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari merangkumi aktiviti seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali